Monday, February 18, 2013

Kawan dan Lawan

Assalamualaikum

Okeh sebab dah lama tak menulis, jom patah-patahkan jari sikit (krukkk krakkk macam bunyi makan keropok pun ada hah!) Ternyata aku tak boleh jadi blogger terkemuka seperti si FL dan HZ, sebab aku memerlukan masa yang agak lama untuk mendapat inspirasi. Huh! ini semua poyo! Tapi kesibukkan kerja tidak seharusnya menjadi alasan okey. Bakal doctor yang mengadap buku 48 jam tu pun boleh tulis blog okeh. Hah kau ado?! Tapi mungkin faktor banyak berbicara juga salah satu punca aku tak dapat nak luah benda yang terpendam ni melalui tulisan. Ha logik kan? Tak perlu berdebat lagi okeh?

Siapa kat dalam dunia ni takde kawan? Dalam erti kata lain member, sahabat, rakan, taulan?? Jangan nak borak la kannn, paling takde pun mesti ada sorang dua. Kalau takde jugak? Sah la anda bukan dalam golongan orang yang berpijak di bumi nyata. sob.sob. 



Lawan? Nak lawan dengan siapa? Lawan kepada kawan dikenali juga sebagai musuh atau gunting dalam lipatan, talam dua muka (kalau kuih talam sedap jugak makan ye tak?) yang sentiasa berperangai pelik dan hipokrit, busuk hati, dendam, PHD (penyakit hasad dengki) dan berbagai-bagai lagi perangai yang menjengkelkan.

Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud, "orang yang ramai saudaranya ialah orang yang memanjangkan silaturrahimnya" ha tu Rasul yang kata tau! Seharusnya kita janganlah tergolong diantara orang-orang yang menjadi pemutus kepada silaturrahim. Amin.

Masalahnya sekarang ni, kita kena la pandai bezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Kalau dah sah-sah memang kita tau perangai dia tu asyik nak mengajak kita buat benda-benda yang tak baik ataupun kita sendiri tau yang dia tu berperangai tidak baik (nauzubillah), perlu ke kita nak terus berkawan dengan dia? Silap langkah nanti kita plak yang terdorong ke arah benda yang tidak baik ye tak? Ataupun anasir jahat tu silap haribulan boleh terkena tempias pada kita pulak. Mencegah itu kan lebih baik daripada mengubati.

Ini bermakna bukanlah secara automatik kita menjadi pemutus silaturrahim, cukuplah sekadar kita berdiam diri dan seharusnya mendoakan agar dia diberi petunjuk oleh Allah dan berubah ke arah yang lebih baik. Tak perlu la kita nak tercari-cari atau cuba mendekati golongan seperti ini lagi. Silaturrahim akan tetap ada selagi kita mendoakannya.


Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati..

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat..

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah..


So now you got it uh???



Friday, December 16, 2011

Konvoi Part 1

Assalamualaikum

Holla! Selamat hari jumaat semua. Nak memblogkan diri boleh, tapi lepas ofis hour okeh =') Minggu ni aku rasa minggu yang paling busy. Almaklum la, penghujung tahun la katakan. Buku dah memang tolak ke tepi la nampaknya semenjak dua ni. Turun padang pun dah kureng sket, sebab semua orang pun busy jugaklah. Nak kena buat verifikasi lah, banci lah, borang 24 muka lah, meeting lah. It's okeh, "Saya Yang Menurut Perintah lah" =') So pada hari sabtu dan ahad ni (17&18 Disember 2011) satu program telah dicipta oleh senior2 ofis aku. Hujung tahun kan, mesti nak kena habiskan duit (perlu ke habiskan?) jawapannya adalah perlu (sebab???) sebab aku bayar duit kelab sukan dan kebajikan tiap2 bulan okey (padahal tak banyak mana pun thehehe)

Program yang dinamakan sebagai "Hari Keluarga MDM 2011" yang bakal berlangsung di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah adalah penutup kepada semua acara pada tahun 2011 ini. (apehal engkau skema giler ayat) Aku tension betul la bila orang dok silap eja nama aku. NUrhafizah la! Bukan NOrhafizah!!! gggrrrrrrr~

Hah, ni sticker nak kena lekat kat keto a.k.a kereta. (nasib kat sticker depa eja nama aku dengan betul choy) Adakah nombor 55 tu cukup bertuah untuk aku dan kereta aku??? Okey trip kali ni tak macam trip2 yang lepas (yang ala-ala rombongan cik kiah tu) kalau bawak staf je dalam 2 bas pun dah cukup. Kali ni memang konsep family day betul la, masing2 bawak kereta masing2 bersama-sama ahli keluarga masing2. (yang bujang macam mana???) So boleh bayangkan tak? aku pun dah dapat giliran yang ke 55, so konvoi ni melibatkan lebih kurang 60 biji kereta lah kowt. Whoaaaaaa!!!

Okeh tempat untuk kami menginap ialah di The Emperor Hotel. (baru semalam aku meeting kat sini =') tapi makan dia macam tak berapa best sangatlah, tak tau lah kenapa, aku tak rasa macam aku makan menu kat hotel pun lepas meeting semalam) Bilik dia aku tak tau okey ke tak, sebab aku tidur kat Melaka Street Hotel, meeting jer kat sini thehehehe~

Kalau aku bawak pinky memang jimat minyak bro, lagi pulak memang sesuai la pinky jadi marshal, mantul sey! Confirm semua orang akan nampak aku. So orang bujang yang tak bawak keluarga kena la bawak benda alah ni sebagai peneman sepanjang perjalanan. Monitor + laptop (untuk karok), topi Bruno Mars juga tak mungkin dilupakan =')

Sebab dah jadi marshal, aku tak boleh nak berhenti sesuka hati. Memang kena bawak bekalan makanan yang mencukupi. Kalau mulut aku tak mengunyah, memang aku akan tidur sambil memandu =') kalau tidak, partner aku kena la bekerja keras untuk menjadi penglipur lara yang setia sepanjang masa =) bhahaahah~

Mungkinkah misi konvoi kami ini akan berjaya sehingga ke penghujungnya??? Nantikan kemunculan "Konvoi Part 2" yang bakal menemui anda tidak lama lagi. =) chillax!

Tuesday, December 13, 2011

Majulah sukan untuk negara!

Assalamualaikum =)

Apehal kau senyum sampai ke telinga choy. hahah~ okey okey serius pleaseee! Sebulan dua ni jabatan-jabatan kerajaan kat daerah Mersing nih sibuk sangat bersukan. Piala YDP la, piala Pegawai Daerah la. Baru je habis hari tu game bola sepak yang dikendalikan oleh pejabat aku sendiri (Majlis Daerah Mersing lettew =P) Lepas ni giliran bola jaring pulak (ni pejabat tanah daerah mersing yang kena handle!) So korang bayangkanlah, makin bertambah la tugasan harian aku. Hari tu pening kepala nak bekerja sambil belajar, ni keletihan badan nak bekerja sambil bersukan pulak. Amekawww! Nasib baiklah aku ni memang budak sport, takde la kejutan budaya dan sendi sangat. So sebelum game 24 Disember ni, kami semua giat la berlatih dan buat friendly dengan mana-mana jabatan yang nak.

  tadaa..! kali ni kami friendly dengan Jabatan Kesihatan daerah Mersing. Power jugak diorang nih, pasal diorg memang ada team netball sendiri, malahan player diorang pun ada yang main sampai peringkat negeri. Sangat jauh berbeda dengan team kami, dah la tak cukup player masa ni, latihan pulak ada tak ada jer. Tapi kami tetap berusaha memberikan saingan yang hebat! =') C for cawan! hehe~ aku bertindak sebagai Center! (hanya mereka yang hyper jer mampu memegang posisi ni.. hahaha~)

Apapun kita longgarkan dulu apa-apa yang patut. Yang tak patut tu tak payah okek! =P

"kalau tak nak jari patah kita kena buat macam ni yer puan2 dan tuan2" kata cik taksiah

1st half boleh la aku layankan Center =') "apa kena ntah dengan budak nih" kata encik kodir

Tiba2 pulak WA boleh curang. hahah~ 2nd half WA pegang posisi WA a.k.a Wing Attack!

WA Gila Kuasa! =P

Setelah berhempas pulas mengerah keringat.

pengurus kami! puan nurshimal (giler otai, sampai tak cabut helmet tengok kami main. Demi untuk keselamatan katanya =')

jurulatih kami! encik kodir ni bekas tentera tau. So memang dia training kami ala tentera la. terbaekkk!!!

Lepas habis main melantak mee sup (ni taksiah yang order, aku makan roti bakar jer =)

Apa-apa pun u olzzz memang terbaik lahhh! menang kalah adat perlawanan la kan. Baru friendly nih, dah main bagai nak mati =) kita jumpa di perlawanan sebenar nanti okeh! (tu pun kalau dapat satu group la heheh~)

Tuesday, December 6, 2011

stuDent liFe...

Assalamualaikum

Suatu ketika dulu aku pernah jadi pengikut setia kepada karya kartunis Sireh dalam majalah Apo yang bertajuk "Student Life". Memang superb citer nih, sampaikan kalau tertinggal satu episod pun boleh menyebabkan hari-hari aku jadi tak ceria. Chewahhh! Mana tak nya, memang masa tu aku tengah kat sekolah menengah lagi, so ada la rasa macam nak berangan ala-ala life dalam komik tu la konon. Sampaikan aku create email "gurlz_sl2909" SL yang bermaksud Student Life. thehehe~ Bukan setakat karya tu je yang femes, Sireh jugak ada menghasilkan karya-karya lain yang turut meletop macam popcorn seperti "Loving Couple" dan "Cinta Gadis Bunian".


haa ni dia.. antara poster cun or cover story untuk siri Student Life. Antara benda yang suka buat adalah..... gunting, kumpul dan menang!! ehh..ehh.. tak tak.. yang part menang tu tipu jer. ni bukan macam kumpul kepalo surat kabor berita harian tu ok. Bila dah start menggunting dan mengompol (kumpul bukan ngompol) aku mula lar mencari ruang-ruang kosong untuk aku abadikan hasil karya milik kartunis Sireh ni. Tempat yang wajib aku tampal poster-poster ni ialah kat dinding bilik or hostel, almari or locker (di luar mahupun di dalam) meja study dan kat box file yang aku bawa ke sekolah dan kolej setiap hari. =') kalau Sireh baca ni konfem dia terharu. (tapi malangnya Sireh mana la bace blog aku nih choy!)


ni dia tuan empunya badan.. bagai Sireh pulang ke ganggang. Comei kan dia mase muda dulu? Tapi sekarang ni tak tau la masih mengekalkan keComelan nya ataupun tak. by the way, keep it up bro! =)

Tapi masalahnya sekarang ni, aku bukan nak story pasal bro ni sangat pun. Pasal aku memang dah tau, yang life dia dah abis meletop dan masyukkk. Kalau nak dibandingkan life dia dengan aku memang jauh berbeda, macam langit dengan bumi, bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku, dan berbagai-bagai lagi. =')

Tahun 2011 ni telah membuka satu lagi peluang baru untuk aku bergelar seorang 'pelajar' atau 'student'. Ini bermakna aku akan menempuh sekali lagi 'kehidupan pelajar' atau lebih dikenali sebagai 'Student Life' ahah!! Tapi bezanya, aku ni part-time punya student. Bagi aku full-time punya student lagi terasa dia punya 'student life' tu kan? Engkau rasa aku nih dah cukup terror sangat ke nak bekerja sambil belajar? kalau dipikir-pikir balik... ohhh tidakkk sama sekali... =')

Tapi ntah la ek, dah Allah nak bagi aku rezeki dan peluang tu, aku terima jela dengan tangan terbuka. Memang dari abis diploma lagi aku dah pasang niat nak terus sambung degree tapi mungkin rezeki aku tak sampai lagi time tu, so what can i say dude? Aku timba pengalaman dengan bekerja dulu untuk beberapa tahun, sebab tu je rezeki aku time tu. Then akhirnya tanggal 20 Ogos 2011 aku mula menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara Shah Alam a.k.a UiTM untuk pertama kalinya (bulan pose beb masa daftar tu).

Berbekalkan Diploma Pengurusan Perniagaan yang aku ada masa tu, aku layak untuk sambung program Bachelor of Administrative Science (bunyi macam gempak kan? padahal Sains Pentadbiran je pun) =') memandangkan keje aku sekarang ni pun memang lebih kepada pentadbiran, so teruskan jela pape yang patut. Konon-konon nak la apply jadi JCS, skali aku dengar exam dia susah kowt! Kalau pegawai tadbir diplomatik? pun okey jugak.. tapi apa-apa pun aku kena la dapatkan degree yang mungkin mencecah 3 hingga 4 tahun, tu pun kalau aku pass semua paper tanpa repeat. Wallaweyhhh! kalau ikutkan 5 tahun kowt, tapi dengan senang hatinya koordinator program aku kasi tau yang aku dapat pengecualian kredit untuk 6 subjek kalau tak silap. Alhamdulillah. sebab aku memang basic dari pengurusan kan, so takde la cross major sangat.


Mula-mula aku rasa macam aku boleh catch up kot, sebab e-pjj Uitm ni kelas dia tak fix sangat, lebih pada e-learning dan i-class, semua online. Untuk 1st sem ni pun aku hanya attend 5 kuliah kat fakulti. Paling kerap kelas 2 minggu sekali, paling jauh pun sebulan sekali la. okey la kan. Tapi korang yakin ke yang aku boleh buat tu semua dalam satu masa yang sama??? 

Selain daripada tugas hakiki sebagai seorang pembantu tadbir jabatan pembangunan masyarakat yang mana aku kena handle program pembasmian kemiskinan bandar (ni memang tugas mulia, tolong orang miskin, even aku sendiri pun miskin, lagi nak tolong orang miskin hahaha ape pun tak bleyh) then pada masa yang sama aku nak kena buat tutorial kat i-class, submit assignment, dan sudah tentu TEST dan FINAL EXAM (benda yang sememangnya akan buat aku gila meroyan) turun naik bas dan sudah tentu tidur dalam bas, naik pukul 11.30pm sampai hometown pukul 5.30am, kemudian pukul 7.00am hari isnin nya pula kena bangkit untuk pegi kerja. Lagi nasib tak baik isnin tu kena pulak attend meeting *sigh* memang diorang ni kadang2 suka buli pekerja yang komited macam aku nih.

Cuma sekarang nih engkau boleh bayangkan tak??? betapa mencabarnya kedua-dua life ni apabila ia digabungkan??? (bergabung!! meletup!!) aku rasa bukan semua orang yang mampu nak hadapi semua ni (tapi aku takde la kata yang aku mampu hadapi) sebab aku dah mula terasa bait-bait kesukaran tu. haih~ tapi kenapa aku tengok classmate aku yang lain okey je semua. yang sebaya dengan aku tu tak kisah la jugak pasal diorang memang tengah fresh, apa citer pulak dengan makcik2 dan pakcik2 yang sememangnya dah tahap nenek dan datuk wa cakap lu, cool jer wa nengok. Ish, kalau hari-hari pikir benda ni, memang boleh kusut masai kepala wa.








Friday, December 2, 2011

Just not feeling it...

Assalamualaikum

Seriously i'm not in the mood. Dalam banyak-banyak feel yang ada dalam diri aku, aku seboleh-boleh cuba nak hindari feel yang sedang melanda aku sekarang nih. *sigh* mungkin sebab dah tak ada keje menyebabkan fikiran aku meracau tak tentu hala? atau mungkin aku sedang dilanda seribu satu persoalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab? then inilah jadinya.....


Wednesday, September 21, 2011

Anda warga SEPTEMBER??? sile baca...

Assalamualaikum =)

Entry kali ni special untuk mereka yang di lahirkan pada bulan September. Bukan bersifat berat sebelah, tetapi hakikatnya aku juga dilahirkan pada bulan ini.. heheh~ Tak kisah la engkau Virgo ke Libra ke, yang penting kajian ni telah dibuat oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah selama 25 tahun. Betul ke tidak tu hanya Allah dan tuan empunya diri jer yang tahu. Kalau ada yang tepat tu mungkin secara kebetulan atau dah memang itulah sikapnya!

* Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
* Sangat sensitif yang tidak diketahui =)
* Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak menyimpan rahsia =)
* Sangat cermat, teliti dan teratur =)
* Orang yang banyak berfikir =)
* Suka bersukan, hiburan dan melancong! =)
* Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik =)
* Daya penaakulan yang baik
* Kurang menunjukkan perasaannya
* Pendiam TAPI Pandai Bercakap =)
* Otak bijak dan mudah belajar
* Terluka hatinya sangat lama disimpan
* Sikap sangat COOL, sangat baik dan mudah simpati =)
* Suka mencari maklumat
* Terlalu memilih pasangan (hahah!)
* Sangat prihatin dan terperinci, amanah setia dan jujur =)
* Perlu mengawal diri dari terlalu mengkritik
* Sukakan benda yang luas
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna
* Pandai mendorong diri sendiri
* Bersistematik!

So? mana yang baik tu perlulah kita berusaha ke arahnya.. mana yang tak elok tu haruslah dilemparkan jauh ke Canada sana.. hahah~ okey... Chillax!

Monday, August 8, 2011

Kekalkan Momentum Kerja ketika sedang Berpuasa...

Assalamualaikum semua =)

Mesti korang selalu ada rasa mengantuk, letih, lesu, lembab, selain daripada lapar dan dahaga di bulan puasa kan???  Tak kesah la korang belajar ataupun bekerja, konsepnya adalah tetap sama, lemah longlai dan tidak bermaya dalam melakukan apa jua tugasan yang diberikan.. Even bulan tak puasa sekalipun mesti korang  menghadapi masalah yang sama, betul tak? jangan nak tipu la.. haha~ cuma konsepnya adalah sedikit berbeza.. Bulan tak puasa korang boleh la makan dengan enaknya tanpa mengira masa dan tempat (walaupun sebenarnya kalau engkau makan banyak sangat boleh menyebabkan engkau tambah mengantuk, nak buat apa pun tak boleh.. ye tak?) Kalau bulan puasa tu faham2 jela yer.. anda semua dah besar kan? dah boleh pikir sendiri.. =)

Tapi memang tidak sepatutnya la kamu semua menjadikan bulan puasa itu sebagai alasan untuk tidak boleh sentiasa mengekalkan produktiviti di tempat kerja biarpun harus menahan lapar dan dahaga. Buat kamu yang berkerjaya, jom aku kongsi beberapa tip yang mungkin boleh membantu kamu kekalkan momentum kerja! Oyeahhh! Semangat!

1. Pemilihan Makanan
Kepada penggemar minuman berkafein dan berkabonat macam kopi, teh, coklat atau coke, pastikan korang tak amik minuman2 ni masa waktu berbuka (kalau macam tu, kepada perokok2 tegar di luar sana yang sering merokok selepas waktu berbuka puasa pun adalah tidak bagus sebenarnya.. lalallaa~) Sebab ape engkau tahu tak??? Bila korang amik jugak benda2 tu, ini akan menyebabkan korang semua akan sukar untuk tidur pada waktu malam.. ahah!! Keesokan harinya di tempat kerja mesti korang akan cepat merasa letih dan mengatuk..
haa.. tataplah piramid makanan ni kalau tak tahu jugak nak pilih makanan yang berkhasiat.


2. Wajib Bersahur
Selama 30 hari berpuasa sudah tentu ada hari-hari yang korang tak bangun sahur kan? kan? dah, tak payah tipu lagi. Sengaja atau tak itu bukan alasannya ok. Sahur sangat penting untuk memberikan tenaga yang berpanjangan buat korang di siang hari supaya korang mampu untuk melaksanakan tugas seharian dengan sempurna. Gotcha!!!


3. Bangkitkan Suasana
Ermmm.. bulan puasa kan, dah tentulah aktivitinya pun terhad. Maklumlah badan mudah terasa letih dan penat. Tapi korang masih boleh melakukan aktiviti yang tak memerlukan tenaga yang banyak. Pada waktu rehat korang mungkin boleh membentuk kumpulan tadarus Al-Quran. Inilah cara untuk memanfaatkan waktu rehat korang. Apa yang lebih penting, kerjasama!!! eh bukan.. Apa yang lebih penting ia boleh mendatangkan pahala dan memberi santapan jiwa. Bila hati sudah tenang, kerja pasti lebih mudah dan senang untuk dilakukan.. Chewah!!!


4. Take Five!
'Take Five'! Sudah tentu ia sangat2 diperlukan. Disaat jari-jemari merasa letih menekan papan kekunci a.k.a keyboard menaip surat atau melakukan sebarang jenis kerja, dah tentulah mata dan jari korang akan rasa letih. Oleh itu, berehatlah sebentar dengan melakukan senaman ringan yang tak memerlukan banyak pergerakan. Cuba try test dulu, mesti berkesan dan sudah pasti mampu mengembalikan kecergasan buat korang untuk meneruskan kerja-kerja selanjutnya. (jangan sesekali berehat bersama Kit Kat dibulan puasa okeh!) Chillax!!!



5. Kurangkan Bercakap
Okey fine! kena kat batang hidung kau.. haha~ Aku sedar aku seorang yang tak boleh hidup tanpa bercakap. Konsep aku adalah, 'bercakap tanpa henti, mengundang kegembiraan dihati'.. =) Tapi kalau bulan2 puasa ni engkau nak banyak cakap sangat, tak dapat lah derrr.. confirm perut kau buat konsert punya. Kurangkan bercakap di bulan puasa banyak hikmahnya. Selain mampu mengurangkan rasa letih, korang juga dapat memberikan tumpuan yang lebih terhadap kerja sekaligus meningkatkan produktiviti kerja korang. So? syhhhhhhhhhhhh~~~

6. Vitamin
Buat korang yang cepat merasa letih di bulan puasa, pengambilan vitamin ataupun makanan tambahan adalah salah satu cara untuk membantu korang mengekalkan kecerdasan. Jangan terlalu berkira untuk membeli vitamin okeh. Kalau bukan pada bulan puasa pun korang boleh maintain  pengambilan makanan tambahan tu sebab kita bukan tau makanan yang kita makan hari-hari tu cukup berkhasiat atau tidak, lagi pulak pada mereka yang dah tentu-tentu tak makan sayur hijau la, tak makan ikan la. Paling mudah korang boleh amik Multivitamin sebab dalam tu complete semua jenis vitamin ada. Tapi ingat! Korang kena banyak minum air putih atau air masak atau air mineral atau air RO sekalipun, yang penting bukan air manis. Maka dengan itu, pengambilan vitamin akan membantu anda semua cergas sepanjang hari pada bulan puasa!

Selamat Berpuasa semua!!! =)