Wednesday, May 11, 2011

Hijaunya Sawah Padi vs Sarang Burung Tempua...

Assalamualaikum...

Ada orang kata kalau nak mata cantik setiap kali bangun pagi jer terus tengok tumbuh-tumbuhan yang berwarna hijau.. btol ke?? mungkin ade betulnya jugak kan.. Warna hijau memang menyejukkan mata.. Ia juga sering dikaitkan dengan simbol keIslaman, turut menjadi warna kegemaran Rasulullah S.A.W dan warna Syurga. Selain itu warna hijau turut diakui sebagai warna yang melambangkan cinta, keharmonian, alam semulajadi, kesihatan, minda dan lain-lain lagi.. Erm, memang banyak keistimewaan warna hijau ni sebenarnya kan..

Walau ape pun, hijau bukanlah warna kegemaraan aku sangat pun, tapi tak bermakna yang aku tak suka, cuma ade warna yg lebih aku suka berbanding warna hijau.. heheh! =P Ok2.. Entry kali ni aku nak share beberapa picture daripada aktiviti aku yang lepas. 

Actually tujuan utama kitorang pegi sini adalah untuk mencari sarang Burung Tempua, (ni semua bos aku punya idea) Korang tau tak macam mana bentuk sarang burung tu?? Mesti tau punye la kan.. hehe~ Tapi kalau ikutkan geng-geng Pencinta Alam, mengambil sarang Burung Tempua tu adalah salah disisi alam.. sebab?? Ala, pikir logik jela kan, penat-penat burung tu buat sarang untuk biakkan spesis dia, tetibe suka suki korang plak nak ambik sarang tu semata-mata nak buat perhiasan kat rumah.. huhu~

Tapi manusia ni pun ada jugak hati perut dan jantungnya (kalau tak mcm mana nak hidup kan?) Manusia kebiasaannya akan mengambil sarang burung yang sudah tidak berpenghuni sahaja. Paham tak? Ala korang nih, means kalau dalam sarang tu ada burungnya lagi, diorangr tak kan amik la sarang tu.. bila dah kosong baru la diorang amik untuk dibuat perhiasan di rumah.. kaedah nyer laa.. hehe~ Burung ni buat sarang kat banyak kawasan sebenarnya, tapi kat tempat kitorang ni memang banyak kat kawasan sawah padi. Ok2, jom hijaukan mata kite sekejap yer... 


Lokasi : Sawah Padi, Kampung Air Papan, Mersing Johor.


~Prada Villa~ nama pemiliknya En.Khalid. Satu-satunya villa yang ada kat tengah sawah ni. Siapa nak cuci mata bolehlah datang menginap di sini.


Perghhh~ mancing kat sini pasti takkan menghampakan korang semua. Kalau tak bawak balik ikan haruan, mesti ikan keli, tak pun ikan-ikan bendang yang lain. Pakai pancing buluh pun takde hal punya. Masyukkk~


Tengok tu!! di tengah-tengah kehijauan ade plak pinkky.. hehe~ (it's mine)


ni teknik-teknik mengimbangkan badan ketika berjalan di titi ok!


Sempadan!


langit dah macam nak runtuh time nih. tapi pemandangannya sangat chantek! tak edit okeh~


nampak pokok kelapa tu kan? kat daun-daun pokok tula banyak sarang Burung Tempua, tinggi giler kowt nak amik.. huhuh~





So untuk pengetahuan korang, kitorang memang tak bawak balik langsung sarang Burung Tempua tu.. sebabnya?? semua sarang-sarang tu terletak nun jauh di atas pokok, tak jumpa langsung kat pokok yang rendah-rendah ni.. hahah~ (padan ngan muka bos aku, nak sangat, aku dah kate tak payah..)

Ape-ape pun, aku juz nak kasi tau yang tempat aku pun ade bendang sawah padi yang sangat besor menghijau.. bukan kedah, perlis ngan kelantan je ada tau.. =) Chills!

Thanx for reading!

Sunday, May 8, 2011

Pre Wedding!

Assalamualaikum...

Nak sangat buat blog, pastu pemalas nak update.. Sibuk bace blog org jerk, blog sendiri semak samun.. huh! Biase lar kan student life ngan work life ni lain sket, penat die pun lain.. (ecehh alasan) Kalo ade free pun mesti ade je benda lain yang kena dibuat selain daripada rutin harian.. huhu~ Entry kali ni aku juz nak share Pre Wedding photoshoot yang pernah aku follow satu ketika dulu ngan member2 ofis.. Kamera aku xdelah gempaq sangat macam orang lain tu, siap ngan lense bebagai, flash besor gedabak lg, extra beteri lg, tak larat den nak ngangkat nyo.. Photoshoot aku juz untuk kepuasan peribadi jerk, bukan untuk job ok.. hihihi~ (tp kalo ade offer untuk buat job ape salah nye ye x???)









Aku pakai nikon D3100 jerk. Standard lense basic, tp ade jugak la beberapa picture dalam nih yang aku pakai fix lense, tu pun pinjam orang punye.. hihi~ yang lain2 tu aku pakai manual jer, adjust jela ape2 yang patut, iso ke, shutter speed, apature.. tapi yang penting free editing okeh! Masih dara lagi sume picture2 nih sebab memang tak edit langsung.. kalo edit mungkin lagi cun kowt.. omjayyy!! Ni sebahagian je yang termampu ku upload.. OK chills!!