Monday, August 8, 2011

Kekalkan Momentum Kerja ketika sedang Berpuasa...

Assalamualaikum semua =)

Mesti korang selalu ada rasa mengantuk, letih, lesu, lembab, selain daripada lapar dan dahaga di bulan puasa kan???  Tak kesah la korang belajar ataupun bekerja, konsepnya adalah tetap sama, lemah longlai dan tidak bermaya dalam melakukan apa jua tugasan yang diberikan.. Even bulan tak puasa sekalipun mesti korang  menghadapi masalah yang sama, betul tak? jangan nak tipu la.. haha~ cuma konsepnya adalah sedikit berbeza.. Bulan tak puasa korang boleh la makan dengan enaknya tanpa mengira masa dan tempat (walaupun sebenarnya kalau engkau makan banyak sangat boleh menyebabkan engkau tambah mengantuk, nak buat apa pun tak boleh.. ye tak?) Kalau bulan puasa tu faham2 jela yer.. anda semua dah besar kan? dah boleh pikir sendiri.. =)

Tapi memang tidak sepatutnya la kamu semua menjadikan bulan puasa itu sebagai alasan untuk tidak boleh sentiasa mengekalkan produktiviti di tempat kerja biarpun harus menahan lapar dan dahaga. Buat kamu yang berkerjaya, jom aku kongsi beberapa tip yang mungkin boleh membantu kamu kekalkan momentum kerja! Oyeahhh! Semangat!

1. Pemilihan Makanan
Kepada penggemar minuman berkafein dan berkabonat macam kopi, teh, coklat atau coke, pastikan korang tak amik minuman2 ni masa waktu berbuka (kalau macam tu, kepada perokok2 tegar di luar sana yang sering merokok selepas waktu berbuka puasa pun adalah tidak bagus sebenarnya.. lalallaa~) Sebab ape engkau tahu tak??? Bila korang amik jugak benda2 tu, ini akan menyebabkan korang semua akan sukar untuk tidur pada waktu malam.. ahah!! Keesokan harinya di tempat kerja mesti korang akan cepat merasa letih dan mengatuk..
haa.. tataplah piramid makanan ni kalau tak tahu jugak nak pilih makanan yang berkhasiat.


2. Wajib Bersahur
Selama 30 hari berpuasa sudah tentu ada hari-hari yang korang tak bangun sahur kan? kan? dah, tak payah tipu lagi. Sengaja atau tak itu bukan alasannya ok. Sahur sangat penting untuk memberikan tenaga yang berpanjangan buat korang di siang hari supaya korang mampu untuk melaksanakan tugas seharian dengan sempurna. Gotcha!!!


3. Bangkitkan Suasana
Ermmm.. bulan puasa kan, dah tentulah aktivitinya pun terhad. Maklumlah badan mudah terasa letih dan penat. Tapi korang masih boleh melakukan aktiviti yang tak memerlukan tenaga yang banyak. Pada waktu rehat korang mungkin boleh membentuk kumpulan tadarus Al-Quran. Inilah cara untuk memanfaatkan waktu rehat korang. Apa yang lebih penting, kerjasama!!! eh bukan.. Apa yang lebih penting ia boleh mendatangkan pahala dan memberi santapan jiwa. Bila hati sudah tenang, kerja pasti lebih mudah dan senang untuk dilakukan.. Chewah!!!


4. Take Five!
'Take Five'! Sudah tentu ia sangat2 diperlukan. Disaat jari-jemari merasa letih menekan papan kekunci a.k.a keyboard menaip surat atau melakukan sebarang jenis kerja, dah tentulah mata dan jari korang akan rasa letih. Oleh itu, berehatlah sebentar dengan melakukan senaman ringan yang tak memerlukan banyak pergerakan. Cuba try test dulu, mesti berkesan dan sudah pasti mampu mengembalikan kecergasan buat korang untuk meneruskan kerja-kerja selanjutnya. (jangan sesekali berehat bersama Kit Kat dibulan puasa okeh!) Chillax!!!



5. Kurangkan Bercakap
Okey fine! kena kat batang hidung kau.. haha~ Aku sedar aku seorang yang tak boleh hidup tanpa bercakap. Konsep aku adalah, 'bercakap tanpa henti, mengundang kegembiraan dihati'.. =) Tapi kalau bulan2 puasa ni engkau nak banyak cakap sangat, tak dapat lah derrr.. confirm perut kau buat konsert punya. Kurangkan bercakap di bulan puasa banyak hikmahnya. Selain mampu mengurangkan rasa letih, korang juga dapat memberikan tumpuan yang lebih terhadap kerja sekaligus meningkatkan produktiviti kerja korang. So? syhhhhhhhhhhhh~~~

6. Vitamin
Buat korang yang cepat merasa letih di bulan puasa, pengambilan vitamin ataupun makanan tambahan adalah salah satu cara untuk membantu korang mengekalkan kecerdasan. Jangan terlalu berkira untuk membeli vitamin okeh. Kalau bukan pada bulan puasa pun korang boleh maintain  pengambilan makanan tambahan tu sebab kita bukan tau makanan yang kita makan hari-hari tu cukup berkhasiat atau tidak, lagi pulak pada mereka yang dah tentu-tentu tak makan sayur hijau la, tak makan ikan la. Paling mudah korang boleh amik Multivitamin sebab dalam tu complete semua jenis vitamin ada. Tapi ingat! Korang kena banyak minum air putih atau air masak atau air mineral atau air RO sekalipun, yang penting bukan air manis. Maka dengan itu, pengambilan vitamin akan membantu anda semua cergas sepanjang hari pada bulan puasa!

Selamat Berpuasa semua!!! =)