Assalamualaikum =)
Entry kali ni special untuk mereka yang di lahirkan pada bulan September. Bukan bersifat berat sebelah, tetapi hakikatnya aku juga dilahirkan pada bulan ini.. heheh~ Tak kisah la engkau Virgo ke Libra ke, yang penting kajian ni telah dibuat oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah selama 25 tahun. Betul ke tidak tu hanya Allah dan tuan empunya diri jer yang tahu. Kalau ada yang tepat tu mungkin secara kebetulan atau dah memang itulah sikapnya!
* Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
* Sangat sensitif yang tidak diketahui =)
* Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak menyimpan rahsia =)
* Sangat cermat, teliti dan teratur =)
* Orang yang banyak berfikir =)
* Suka bersukan, hiburan dan melancong! =)
* Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik =)
* Daya penaakulan yang baik
* Kurang menunjukkan perasaannya
* Pendiam TAPI Pandai Bercakap =)
* Otak bijak dan mudah belajar
* Terluka hatinya sangat lama disimpan
* Sikap sangat COOL, sangat baik dan mudah simpati =)
* Suka mencari maklumat
* Terlalu memilih pasangan (hahah!)
* Sangat prihatin dan terperinci, amanah setia dan jujur =)
* Perlu mengawal diri dari terlalu mengkritik
* Sukakan benda yang luas
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna
* Pandai mendorong diri sendiri
* Bersistematik!
So? mana yang baik tu perlulah kita berusaha ke arahnya.. mana yang tak elok tu haruslah dilemparkan jauh ke Canada sana.. hahah~ okey... Chillax!