Assalamualaikum
Holla! Selamat hari jumaat semua. Nak memblogkan diri boleh, tapi lepas ofis hour okeh =') Minggu ni aku rasa minggu yang paling busy. Almaklum la, penghujung tahun la katakan. Buku dah memang tolak ke tepi la nampaknya semenjak dua ni. Turun padang pun dah kureng sket, sebab semua orang pun busy jugaklah. Nak kena buat verifikasi lah, banci lah, borang 24 muka lah, meeting lah. It's okeh, "Saya Yang Menurut Perintah lah" =') So pada hari sabtu dan ahad ni (17&18 Disember 2011) satu program telah dicipta oleh senior2 ofis aku. Hujung tahun kan, mesti nak kena habiskan duit (perlu ke habiskan?) jawapannya adalah perlu (sebab???) sebab aku bayar duit kelab sukan dan kebajikan tiap2 bulan okey (padahal tak banyak mana pun thehehe)
Program yang dinamakan sebagai "Hari Keluarga MDM 2011" yang bakal berlangsung di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah adalah penutup kepada semua acara pada tahun 2011 ini. (apehal engkau skema giler ayat) Aku tension betul la bila orang dok silap eja nama aku. NUrhafizah la! Bukan NOrhafizah!!! gggrrrrrrr~
Hah, ni sticker nak kena lekat kat keto a.k.a kereta. (nasib kat sticker depa eja nama aku dengan betul choy) Adakah nombor 55 tu cukup bertuah untuk aku dan kereta aku??? Okey trip kali ni tak macam trip2 yang lepas (yang ala-ala rombongan cik kiah tu) kalau bawak staf je dalam 2 bas pun dah cukup. Kali ni memang konsep family day betul la, masing2 bawak kereta masing2 bersama-sama ahli keluarga masing2. (yang bujang macam mana???) So boleh bayangkan tak? aku pun dah dapat giliran yang ke 55, so konvoi ni melibatkan lebih kurang 60 biji kereta lah kowt. Whoaaaaaa!!!
Okeh tempat untuk kami menginap ialah di The Emperor Hotel. (baru semalam aku meeting kat sini =') tapi makan dia macam tak berapa best sangatlah, tak tau lah kenapa, aku tak rasa macam aku makan menu kat hotel pun lepas meeting semalam) Bilik dia aku tak tau okey ke tak, sebab aku tidur kat Melaka Street Hotel, meeting jer kat sini thehehehe~
Kalau aku bawak pinky memang jimat minyak bro, lagi pulak memang sesuai la pinky jadi marshal, mantul sey! Confirm semua orang akan nampak aku. So orang bujang yang tak bawak keluarga kena la bawak benda alah ni sebagai peneman sepanjang perjalanan. Monitor + laptop (untuk karok), topi Bruno Mars juga tak mungkin dilupakan =')
Sebab dah jadi marshal, aku tak boleh nak berhenti sesuka hati. Memang kena bawak bekalan makanan yang mencukupi. Kalau mulut aku tak mengunyah, memang aku akan tidur sambil memandu =') kalau tidak, partner aku kena la bekerja keras untuk menjadi penglipur lara yang setia sepanjang masa =) bhahaahah~
Mungkinkah misi konvoi kami ini akan berjaya sehingga ke penghujungnya??? Nantikan kemunculan "Konvoi Part 2" yang bakal menemui anda tidak lama lagi. =) chillax!