Monday, February 18, 2013

Kawan dan Lawan

Assalamualaikum

Okeh sebab dah lama tak menulis, jom patah-patahkan jari sikit (krukkk krakkk macam bunyi makan keropok pun ada hah!) Ternyata aku tak boleh jadi blogger terkemuka seperti si FL dan HZ, sebab aku memerlukan masa yang agak lama untuk mendapat inspirasi. Huh! ini semua poyo! Tapi kesibukkan kerja tidak seharusnya menjadi alasan okey. Bakal doctor yang mengadap buku 48 jam tu pun boleh tulis blog okeh. Hah kau ado?! Tapi mungkin faktor banyak berbicara juga salah satu punca aku tak dapat nak luah benda yang terpendam ni melalui tulisan. Ha logik kan? Tak perlu berdebat lagi okeh?

Siapa kat dalam dunia ni takde kawan? Dalam erti kata lain member, sahabat, rakan, taulan?? Jangan nak borak la kannn, paling takde pun mesti ada sorang dua. Kalau takde jugak? Sah la anda bukan dalam golongan orang yang berpijak di bumi nyata. sob.sob. 



Lawan? Nak lawan dengan siapa? Lawan kepada kawan dikenali juga sebagai musuh atau gunting dalam lipatan, talam dua muka (kalau kuih talam sedap jugak makan ye tak?) yang sentiasa berperangai pelik dan hipokrit, busuk hati, dendam, PHD (penyakit hasad dengki) dan berbagai-bagai lagi perangai yang menjengkelkan.

Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud, "orang yang ramai saudaranya ialah orang yang memanjangkan silaturrahimnya" ha tu Rasul yang kata tau! Seharusnya kita janganlah tergolong diantara orang-orang yang menjadi pemutus kepada silaturrahim. Amin.

Masalahnya sekarang ni, kita kena la pandai bezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Kalau dah sah-sah memang kita tau perangai dia tu asyik nak mengajak kita buat benda-benda yang tak baik ataupun kita sendiri tau yang dia tu berperangai tidak baik (nauzubillah), perlu ke kita nak terus berkawan dengan dia? Silap langkah nanti kita plak yang terdorong ke arah benda yang tidak baik ye tak? Ataupun anasir jahat tu silap haribulan boleh terkena tempias pada kita pulak. Mencegah itu kan lebih baik daripada mengubati.

Ini bermakna bukanlah secara automatik kita menjadi pemutus silaturrahim, cukuplah sekadar kita berdiam diri dan seharusnya mendoakan agar dia diberi petunjuk oleh Allah dan berubah ke arah yang lebih baik. Tak perlu la kita nak tercari-cari atau cuba mendekati golongan seperti ini lagi. Silaturrahim akan tetap ada selagi kita mendoakannya.


Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati..

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat..

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah..


So now you got it uh???