Tuesday, December 6, 2011

stuDent liFe...

Assalamualaikum

Suatu ketika dulu aku pernah jadi pengikut setia kepada karya kartunis Sireh dalam majalah Apo yang bertajuk "Student Life". Memang superb citer nih, sampaikan kalau tertinggal satu episod pun boleh menyebabkan hari-hari aku jadi tak ceria. Chewahhh! Mana tak nya, memang masa tu aku tengah kat sekolah menengah lagi, so ada la rasa macam nak berangan ala-ala life dalam komik tu la konon. Sampaikan aku create email "gurlz_sl2909" SL yang bermaksud Student Life. thehehe~ Bukan setakat karya tu je yang femes, Sireh jugak ada menghasilkan karya-karya lain yang turut meletop macam popcorn seperti "Loving Couple" dan "Cinta Gadis Bunian".


haa ni dia.. antara poster cun or cover story untuk siri Student Life. Antara benda yang suka buat adalah..... gunting, kumpul dan menang!! ehh..ehh.. tak tak.. yang part menang tu tipu jer. ni bukan macam kumpul kepalo surat kabor berita harian tu ok. Bila dah start menggunting dan mengompol (kumpul bukan ngompol) aku mula lar mencari ruang-ruang kosong untuk aku abadikan hasil karya milik kartunis Sireh ni. Tempat yang wajib aku tampal poster-poster ni ialah kat dinding bilik or hostel, almari or locker (di luar mahupun di dalam) meja study dan kat box file yang aku bawa ke sekolah dan kolej setiap hari. =') kalau Sireh baca ni konfem dia terharu. (tapi malangnya Sireh mana la bace blog aku nih choy!)


ni dia tuan empunya badan.. bagai Sireh pulang ke ganggang. Comei kan dia mase muda dulu? Tapi sekarang ni tak tau la masih mengekalkan keComelan nya ataupun tak. by the way, keep it up bro! =)

Tapi masalahnya sekarang ni, aku bukan nak story pasal bro ni sangat pun. Pasal aku memang dah tau, yang life dia dah abis meletop dan masyukkk. Kalau nak dibandingkan life dia dengan aku memang jauh berbeda, macam langit dengan bumi, bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku, dan berbagai-bagai lagi. =')

Tahun 2011 ni telah membuka satu lagi peluang baru untuk aku bergelar seorang 'pelajar' atau 'student'. Ini bermakna aku akan menempuh sekali lagi 'kehidupan pelajar' atau lebih dikenali sebagai 'Student Life' ahah!! Tapi bezanya, aku ni part-time punya student. Bagi aku full-time punya student lagi terasa dia punya 'student life' tu kan? Engkau rasa aku nih dah cukup terror sangat ke nak bekerja sambil belajar? kalau dipikir-pikir balik... ohhh tidakkk sama sekali... =')

Tapi ntah la ek, dah Allah nak bagi aku rezeki dan peluang tu, aku terima jela dengan tangan terbuka. Memang dari abis diploma lagi aku dah pasang niat nak terus sambung degree tapi mungkin rezeki aku tak sampai lagi time tu, so what can i say dude? Aku timba pengalaman dengan bekerja dulu untuk beberapa tahun, sebab tu je rezeki aku time tu. Then akhirnya tanggal 20 Ogos 2011 aku mula menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara Shah Alam a.k.a UiTM untuk pertama kalinya (bulan pose beb masa daftar tu).

Berbekalkan Diploma Pengurusan Perniagaan yang aku ada masa tu, aku layak untuk sambung program Bachelor of Administrative Science (bunyi macam gempak kan? padahal Sains Pentadbiran je pun) =') memandangkan keje aku sekarang ni pun memang lebih kepada pentadbiran, so teruskan jela pape yang patut. Konon-konon nak la apply jadi JCS, skali aku dengar exam dia susah kowt! Kalau pegawai tadbir diplomatik? pun okey jugak.. tapi apa-apa pun aku kena la dapatkan degree yang mungkin mencecah 3 hingga 4 tahun, tu pun kalau aku pass semua paper tanpa repeat. Wallaweyhhh! kalau ikutkan 5 tahun kowt, tapi dengan senang hatinya koordinator program aku kasi tau yang aku dapat pengecualian kredit untuk 6 subjek kalau tak silap. Alhamdulillah. sebab aku memang basic dari pengurusan kan, so takde la cross major sangat.


Mula-mula aku rasa macam aku boleh catch up kot, sebab e-pjj Uitm ni kelas dia tak fix sangat, lebih pada e-learning dan i-class, semua online. Untuk 1st sem ni pun aku hanya attend 5 kuliah kat fakulti. Paling kerap kelas 2 minggu sekali, paling jauh pun sebulan sekali la. okey la kan. Tapi korang yakin ke yang aku boleh buat tu semua dalam satu masa yang sama??? 

Selain daripada tugas hakiki sebagai seorang pembantu tadbir jabatan pembangunan masyarakat yang mana aku kena handle program pembasmian kemiskinan bandar (ni memang tugas mulia, tolong orang miskin, even aku sendiri pun miskin, lagi nak tolong orang miskin hahaha ape pun tak bleyh) then pada masa yang sama aku nak kena buat tutorial kat i-class, submit assignment, dan sudah tentu TEST dan FINAL EXAM (benda yang sememangnya akan buat aku gila meroyan) turun naik bas dan sudah tentu tidur dalam bas, naik pukul 11.30pm sampai hometown pukul 5.30am, kemudian pukul 7.00am hari isnin nya pula kena bangkit untuk pegi kerja. Lagi nasib tak baik isnin tu kena pulak attend meeting *sigh* memang diorang ni kadang2 suka buli pekerja yang komited macam aku nih.

Cuma sekarang nih engkau boleh bayangkan tak??? betapa mencabarnya kedua-dua life ni apabila ia digabungkan??? (bergabung!! meletup!!) aku rasa bukan semua orang yang mampu nak hadapi semua ni (tapi aku takde la kata yang aku mampu hadapi) sebab aku dah mula terasa bait-bait kesukaran tu. haih~ tapi kenapa aku tengok classmate aku yang lain okey je semua. yang sebaya dengan aku tu tak kisah la jugak pasal diorang memang tengah fresh, apa citer pulak dengan makcik2 dan pakcik2 yang sememangnya dah tahap nenek dan datuk wa cakap lu, cool jer wa nengok. Ish, kalau hari-hari pikir benda ni, memang boleh kusut masai kepala wa.








4 comments:

  1. sesape boleh carikkan aku majalah ni x.. yg pdf.. pliz tolong.. sangat bes..

    ReplyDelete
  2. Hai Fizz,2020 ni sy teringin nak tau ending cerita student life ni..boleh share skit..dulu sy follow Lepas then Ada time apo dah xde dah student life ni.pls share tq

    ReplyDelete